Selangor, KL kekal Fasa 1 PPN, perlu capai 3 indikator

0
2
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

SELANGOR dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih kekal di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dilanjutkan di dua negeri berkenaan, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kedua-dua negeri itu perlu mencapai nilai ambang tiga indikator utama sebelum beralih ke Fasa 2.

“Nilai ambang vaksinasi 10 peratus populasi dewasa sudah dicapai, namun kes masih tinggi, manakala tahap penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) masih kritikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan, PKPD akan dikenakan ke atas lokaliti-lokaliti yang merekodkan trend peningkatan kes Covid-19 yang mendadak.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk menamatkan PKPD di 34 mukim di Selangor berkuatkuasa semalam.

Ismail Sabri berkata, PKPD yang bermula 3 Julai lalu itu ditamatkan dalam mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN). – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here