KDN memperkasakan lagi Op Patuh premis, kilang

0
1

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) akan mempergiatkan lagi Op Patuh bagi memastikan pematuhan tinggi oleh premis perniagaan termasuk kilang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang kerap mengulangi kesalahan dan tidak teragak-agak untuk menutup operasi premis atau kilang tersebut dengan serta merta.

“Pada masa sama, Op Patuh yang dilaksanakan juga bertujuan meningkatkan kesedaran majikan dalam memastikan keselamatan dan kebajikan pekerja sentiasa dijaga serta terpelihara sekiranya diberi kebenaran beroperasi oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau turut meminta pekerja melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya majikan mengambil tindakan beroperasi tanpa kebenaran atau tidak menyediakan tempat kerja yang mematuhi SOP ditetapkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here