Segerakan RCI siasat pendedahan Tommy Thomas

0
2

KERAJAAN digesa mempercepatkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pendedahan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Razlan Rafii berkata hanya RCI sahaja dapat memperakui apa yang telah menjadi satu “rahsia terbuka” sebelum ini berhubung pendedahan Tommy di dalam buku memoir Tommy Thomas sebelum ini.

Katanya lagi, ia juga bertujuan sama ada akan dapat memperbetulkan persepsi-persepsi negatif yang menyelubungi tindakan-tindakan lampau kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Rakyat perlu tahu apakah yang sebenarnya terjadi kepada sistem keadilan Negara semasa pemerintahan PH selama 22 bulan.

“Demi mengangkat semula martabat sistem perundangan Negara, ianya mesti dilakukan secepat yang mungkin. Biarlah Kebenaran benar-benar terjawab,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Razlan berkata di dalam memoir Tommy yang dijual pada awal tahun ini, ia telah banyak menimbulkan serta membongkar cerita di sebalik pendakwaan banyak kes semasa beliau menjadi Peguam Negara.

Katanya, negara ketika pemerintahan PH memerlukan mereka yang berani bertindak dengan kepercayaan yang bertentangan dengan norma kehidupan manusia.

“Kerosakan sistem perundangan negara jelas berlaku semasa PH memerintah, mereka menggunakan undang-undang bukan hanya untuk mendakwa, malah untuk mewujudkan persepsi buruk kepada lawan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here