Warga emas boleh vaksinasi secara ‘walk-in’ mulai esok – KJ

0
2

WARGA emas yang belum mendapat janji temu boleh hadir secara ‘walk in’ di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur dan Selangor, bagi mendapatkan suntikan itu bermula esok.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, warga emas iaitu individu berusia 60 tahun dan ke atas yang belum mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin juga boleh berbuat demikian.

“Laluan khas bagi warga emas akan disediakan di setiap PPV di KL dan Selangor serta garis panduan bagi melancarkan proses pemberian vaksin secara terus.

“Kita nak pastikan setiap warga emas ini mendapat perlindungan secepat mungkin, justeru kerajaan memutuskan pendekatan ‘walk in’ (secara terus).

“Selain itu, kita akan pastikan warga emas menerima vaksin dalam keadaan selesa dan selamat, memandangkan jumlah kes harian masih tinggi di Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata demikia pada sidang media khas Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), hari ini.

Dalam perkembangan sama, Khairy berkata, kerajaan akan menambah pembelian tiga juta dos vaksin Covid-19 keluaran Sinovac untuk dijadikan stok simpanan.

Beliau berkata, vaksin tersebut akan digunakan kepada mereka yang mengalami alahan terhadap vaksin lain.

“Tempahan ini akan selesai dihantar Pharmaniaga akhir bulan ini atau awal Ogos,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here