115 kes kematian dicatatkan hari ini

0
3
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia menguruskan jenazah covid-19 setelah dimasukkan ke dalam kubur di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

JUMLAH kes kematian akibat Covid-19 masih mencecah tiga angka hari ini dengan merekodkan 115 kes kematian baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, melalui data dan infografik dikongsi di laman Facebooknya, berkata angka tersebut menjadikan keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 setakat ini adalah 6,728.

Selain itu, katanya, sebanyak 6,742 kes sembuh direkodkan hari ini, menjadi jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 772,542.

Bagaimanapun, kes harian jangkitan Covid-19 masih melepasi 11,000 kes iaitu 12,541 yang membabitkan 12,525 kes tempatan dan 16 kes import.

Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 114,053 di seluruh negara dan sehingga hari ini, sebanyak 893,323 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu.

Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 896 kes dengan 459 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here