Jangan cabar arahan kerajaan – TPM

0
2

JANGAN cabar arahan kerajaan! Itu amaran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada kilang dan premis perniagaan yang masih berdegil melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Perdana Menteri berkata sebanyak 180 lagi kilang serta premis perniagaan diarah tutup kerana gagal mematuhi arahan dan SOP ditetapkan.

“Rakyat lain boleh bersabar, kenapa masih ada pihak masih berdegil dan merupakan penyumbang utama.

“Saya berbesar hati kepada netizen, penduduk sekitar dan rakyat yang sentiasa memberi maklumat pada pihak berkuasa terhadap mereka yang rakus dan tamak ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Amaran itu dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri ketika kes positif Covid-19 di seluruh negara terus melonjak mencecah 13,215 kes hari ini.

Semalam, pasukan Task Force Operasi Pematuhan memeriksa 2,246 kilang, 15,682 premis perniagaan, 924 tapak pembinaan dan 326 asrama penempatan pekerja. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here