SIDANG khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju membenarkan kedai komputer dan telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa esok.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran itu diberikan setelah mengambil kira maklum balas pelajar, ibu bapa serta tenaga pengajar.
Katanya, ia juga untuk memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tanpa ganguan,” katanya menerusi kenyataan.
Ismail Sabri berkata pandemik Covid-19 telah mengubah cara pembelajaran harian, dan semua institusi pendidikan kini mempraktikkan sistem PdPR secara dalam talian.
“Selain itu, sidang khas juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran PDRM.
“Ini bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan profesional,” katanya lagi. – Malaysiapost

