Panggil lebih ramai pesara kesihatan – Gerakan

0
3

PARTI Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mencadangkan supaya Kementerian Kesihatan (KKM) memanggil lebih ramai kakitangan kesihatan yang sudah bersara untuk kembali berkhidmat sehingga Malaysia dapat menangani Covid-19.

Presiden Nasional Parti Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata panggilan kakitangan kesihatan seperti jururawat, pegawai perubatan atau doktor yang bersara itu dapat memantapkan lagi jentera barisan hadapan.

“Mereka ini senior dan berpengalaman dalam urusan perubatan dan kesihatan. Ia dapat membantu meringankan beban petugas barisan hadapan yang ada sekarang.

“Sudah hampir dua tahun petugas barisan hadapan bertungkus lumus dan pelbagai cabaran mereka tempuhi demi memastikan rantaian Covid-19 terputus,” katanya pada sidang media Program Helping Hand Kepada Penduduk PPR hari ini.

Gerakan hari ini mengagihkan makanan, minuman sihat, sayur-sayuran dan buah-buahan kepada 200 penduduk di PPR Taman Beringin di ibu negara.

Sebelum ini, Gerakan juga mengadakan Helping Hand Gelandangan 1.0 dan 2.0 di Bangkok Bank dan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai program itu, Dominic berkata bantuan itu diharap dapat meringankan beban serta mengurangkan tekanan mereka.

“Tidak lupa juga Gerakan ingin mengucapkan penghargaan kepada penaja-penaja sumbangan hari ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here