Ingkar SOP, 68 premis diarah tutup

0
2
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media ketika melawat Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan Wangsa Maju hari ini. Malaysiapost/Sharifudin Abdul Rahim

SEBANYAK 68 premis di seluruh negara diarahkan tutup semalam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Perdana Menteri berkata ia meliputi 23 kilang, 43 premis perniagaan
dan dua tapak pembinaan.

“Seperti diumumkan sebelum ini, kerajaan mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang dan premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan.

“Semalam, pasukan Task Force Operasi Pematuhan melaksanakan 80,827 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di
seluruh negara melibatkan 20,005 anggota.

“Ini termasuk pemeriksaan ke atas 2,257 kilang, 15,256 premis perniagaan, 1,148 tapak pembinaan dan 286 asrama penempatan pekerja,” katanya.

Sementara itu beliau berkata seramai 471 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP semalam dengan 446 individu dikompaun manakala 16 lagi direman dan sembilan dijamin.

“Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP ditetapkan dan mengamalkan kawalan kendiri dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here