PRESTASI Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) memberi petunjuk kadar vaksinasi lengkap dua dos telah melepasi nilai ambang (threshold) 10 peratus ditetapkan untuk negara beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkembangan itu memberi gambaran bahawa negara berada di landasan betul dalam usaha mencapai imuniti kelompok (herd immunity).
“Indikator ini sejajar dengan perancangan PPN yang menjangkakan kadar vaksinasi akan mencapai 10 peratus populasi pada akhir Julai ini.
“Sekiranya perkembangan positif ini berterusan, seluruh negara mampu beralih ke Fasa 2 pada awal Ogos seperti Perlis,
Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
“Kesemua negeri itu telah terlebih dahulu berada di Fasa 2 setelah melepasi nilai ambang ketiga-tiga indikator utama yang ditetapkan di bawah PPN,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost

