Ulama PAS tegur RTM, hentikan program maksiat

0
2

KETIKA kes Covid-19 sedang menggila menyerang negara, ulama PAS Mokhtar Senik tampil menegur Radio Televisyen Malaysia (RTM) supaya menghentikan program maksiat di televisyen.

Menerusi satu hantaran di Facebook, ahli jawatankuasa Dewan Ulama Pusat PAS itu menegur RTM sambil mengingatkan orang ramai agar meningkatkan ketakqwaan kepada Allah ketika menghadapi ujian ini.

“Teman-teman dan sahabat-sahabat semua.. Angka covid semakin meningkat. Allah sedang menguji kita semua. Perbanyakkanlah istighfar dan solawat. Jangan lalai dan leka.

“RTM pun reti-reti la hentikan program-program maksiat dalam TV. Jaga SOP tu jaga laa juga, tapi maksiat tetap kena hentikan. Kerana punca bala diturunkan Allah ialah kerana dosa manusia kepadaNya,” katanya.

Bagaimanapun Mokhtar tidak memperincikan program maksiat yang dimaksudkan itu.

Sejak semalam, Malaysia terus merekodkan kes positif Covid-19 lima angka dengan mencecah catatan melebihi 11,000 kes.

Buat pertama kalinya kes positif Covid-19 di Malaysia mencecah lima angka iaitu 11,079 kes semalam, disusuli 11,618 kes hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here