Jemaah Menteri sokong Muhyiddin terus pimpin negara

0
2
REUTERS

JEMAAH Menteri sebulat suara memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Keputusan itu dibuat oleh Ahli-ahli Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.

Dalam satu kenyataan, Ahli-ahli Jemaah Menteri juga memaklumkan bahawa setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

“Keutamaan kerajaan ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar dari pandemik Covid-19,” menurut kenyataan itu.

Pada 8 Julai lalu, Umno memutuskan untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri berkuatkuasa serta-merta.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan itu dibuat susulan mandat sebulat suara perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 pada Mac lalu.

Katanya, ia juga diputuskan setelah kerajaan pimpinan Muhyiddin gagal memenuhi panduan utama digariskan Umno pada 11 Mac tahun lalu, sebagai syarat parti itu menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here