“Ya Allah, rindunya..sangat rindu” – Ebit Lew

0
2

“EBIT jangan risaukan bapak, teruskan kerja bantu orang lain”

Demikian pesanan terakhir Allahyarham bapa kepada pendakwah bebas, Ebit Lew ketika pertemuan terakhir mereka.

Ebit mengakui terlalu rindukan bapanya yang telah kembali ke rahmatulah semalam, kerana menghidap kanser perut.

“Ya Allah. Rindunya. Sangat rindu.

“Bapak kerja kuat setiap hari. Tak pernah nak apa-apa. Tak nikmati dunia ni pun. Semuanya diberi pada orang lain. Suka memberi. Setiap hari merindui arwah mak. Maafkan Ebit tiada saat akhir bapak tadi.

“Ya Allah ampuni dan redhalah atas ayahku. Hadiahkan syurga Firdaus buatnya. Jadikanlah ini semua asbab kebaikan dan hidayah seluruh alam. InsyaAllah nanti kita jumpa dan bersama semula disana ya bapak,” tulisnya di hantaran Facebook.

Semalam, Ebit berkongsi perkhabaran duka kehilangan bapa tercinta yang baru saja meninggal dunia.

Ebit turut memaklumkan beliau dalam perjalanan ke Hospital Gleanagle untuk membawa jenazah bapanya ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk dimandikan.

“Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah, Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah,” katanya.

Pegawai khas beliau, M Azizul Fauzi memaklumkan bapa pendakwah kesayangan ramai itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.45 petang. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/07/13/bapa-ebit-lew-sudah-tiada/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here