Matahari tegak atas Kaabah esok, peluang semak, betulkan arah kiblat

0
2

UMAT Islam di Malaysia berpeluang sekali lagi menyemak atau memperbetulkan arah kiblat pada petang esok.

Ini kerana matahari berkedudukan tegak di atas Kaabah tepat pada jam 5.27 petang.

Berdasarkan kenyataan Planetarium Negara, fenomena ini merupakan kali kedua berlaku dalam tahun ini selepas yang pertama pada 28 Mei lalu.

“Pada Khamis, 15 Julai 2021, tepat jam 5.27 petang, matahari akan berada tepat di atas bandar Mekah di mana terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia.

“Ketika kejadian, bayang-bayang sinaran matahari bagi semua objek tegak yang ada di permukaan bumi akan menghala ke arah Kaabah.

“Lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu boleh dijadikan sebagai panduan bagi menentukan atau mengesahkan arah kiblat secara semulajadi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here