Macam ada ‘spy’ berbayar dalam MKT Umno – Puad

0
2
KUALA LUMPUR 09 June 2015. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di Sidang Media menegnai isu 1MDB di Menara MARA. NSTP/Salhani Ibrahim

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata parti itu mengetahui siapa petualang yang membocorkan rakaman audio dan verbatim mesyuarat MKT minggu lalu.

Mohd Puad berkata, rakaman audio dan verbatim mesyuarat itu kini giat ditularkan pihak tertentu termasuk bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa.

“Sekarang ini rakaman audio mesyuarat MKT secara virtual pada 7.7.2021 giat ditularkan. Antara yang terlibat ialah TS Annuar Musa. Ia mempamer perangai buruk beliau.

“Macam ada “spy” berbayar dalam MKT? Bukan sahaja audio rakaman tetapi verbatim mesyuarat turut bocor. Selamatkah mesyuarat MKT? Musuh tahu rahsia parti,” katanya di Facebook.

Mohd Puad Berkata, ia bukan sesuatu yang luar biasa kerana dalam setiap mesyuarat pastinya akan wujud berbagai hujah dan perbezaan pendapat.

“Itu cuma perbincangan. Ia bukan keputusan. Musuh suka “spin” pendapat yang berbeza.

“Sebenarnya kita tahu siapa orang dalam yang jadi petualang merakam, menyebar termasuk menerbitkan verbatim mesyuarat,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Puad berkata, apapun perkara itu tidak akan mengubah keputusan MKT Umno iaitu menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan melantik Perdana Menteri baharu untuk tempoh terhad.

“Walaupun MP Umno boleh terus sokong Kerajaan PN tetapi ia hanya setakat bila sidang Parlimen bermula.

“Justeru, yang tidak selamat ialah PPBM (Bersatu). Sandaran PPBM cuma jawatan PM bukan akar umbi. Tiada PM, tiadalah PPBM. Tunggu sajalahlah Langkah Sheraton 2.0,” katanya.

Susulan mesyuarat MT minggu lalu yang memutuskan Umno menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri serta-merta, tersebar beberapa rakaman audio berhubung perkara yang dibincangkan.

Antara audio yang tersebar adalam melibatkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Pengarah Pilihan Raya Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman serta Ketua Umno Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Pada masa sama, terdapat pemimpin Umno yang bukan ahli MT serta tidak hadir mesyuarat membuat kenyataan terbuka mnengenai perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here