Telco, Astro didesak tak kenakan caj Ogos ini

0
2

SEMUA syarikat telekomunikasi dan siaran televisyen berbayar didesak untuk tidak mengenakan caj bulanan sepanjang Ogos ini.

Ia disuarakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Penyatuan Ummah Malaysia yang menyifatkan ia boleh meringankan beban rakyat ketika ini.

Timbalan Presidennya, Zamil Ibrahim berkata sekurang-kurangnya rakyat dapat menghiburkan diri sendiri dalam tempoh berkurung di rumah.

“Rakyat tak boleh ke mana PKP ni, jadi mereka boleh tengok tv, melayari saluran YouTube, media sosial di telefon pintar. Satu bulan sahaja kita desak free of charge.

“Tolong jangan kenakan sebarang caj di bulan Ogos sahaja,” katanya kepada Malaysiapost, hari ini.

Menurutnya, ini masanya syarikat telekomunikasi membantu rakyat yang terkesan sepanjang tempoh berkurung di rumah akibat pandemik Covid-19.

“Ini juga sebagai sumbangan korporat syarikat-syarikat ini untuk membantu rakyat yang sedang melalui keperitan di kala tempoh PKP ini.

“Saya merayu dan memohon Celcom, Maxis, Digi dan sebagainya mahu pun Astro tidak mengenakan sebarang caj pada Ogos ini sebagai tanda prihatin dengan keadaan rakyat sekarang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here