Langgar SOP: 67 premis diarah tutup

0
2
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media ketika melawat Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan Wangsa Maju hari ini. Malaysiapost/Sharifudin Abdul Rahim

SEBANYAK 67 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup semalam kerana gagal
mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan melaksanakan
90,214 pemeriksaan dan snap check Covud-19 di seluruh negara melibatkan 19,245 anggota.

“Ia termasuk pemeriksaan ke atas 2,285 kilang, 16,822 premis perniagaan, 1,015 tapak pembinaan dan 456 asrama penempatan pekerja,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri mengumumkan tiga lagi lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu dua di Sabah dan satu di Pahang iaitu:

  1. Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lintas Sibuga, Sandakan
  2. Kampung Telaga dan Kampung Pituru,
    Pitas, Sabah
  3. FELDA Jengka 8, Jerantut

Kesemua lokaliti itu dikenakan PKPD bermula 15 hingga 28 Julai ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here