ARAB Saudi ikhtiraf individu menerima suntikan vaksin Covid-19 Sinovac untuk memasuki negara berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata Arab Saudi telah menyenaraikan vaksin tersebut sebagai antara yang diterima sebagai syarat kemasukan ke negara itu.
Katanya, orang ramai boleh menyampaikan berita gembira itu dan tidak perlu khuatir kerana mereka yang menerima vaksin Sinovac dibenarkan menunaikan ibadah haji pada masa akan datang.
“Alhamdulillah, Arab Saudi menyenaraikan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.
“Sampaikan (keputusan itu) kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang.
“Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT,” katanya dalam kenyataan di Facebook, malam tadi.
Selain Sinovac, Arab Saudi turut mengiktiraf beberapa lagi vaksin Covid-19, iaitu Moderna, AstraZeneca, Jansses, Sinopharm dan Sinovac.
Sebelum ini, Arab Saudi hanya menerima empat vaksin Covid-19 iaitu keluaran Pfizer BioNTech, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja. – Malaysiapost

