
PUTRAJAYA, 4 Mei -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan ketika menyertai Sidang Kemuncak Secara Dalam Talian Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Berhubung COVID-19 yang berlangsung menerusi persidangan video di Bangunan Perdana Putra hari ini. Persidangan dipengerusikan oleh Presiden Republik Azerbaijan, Ilham Aliyev merangkap Pengerusi NAM bagi penggal 2019-2022. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, May 4 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin deliver his speech during the Online Summit Level Meeting of the Non-Aligned Movement (NAM) Contact Group in Response to COVID-19 at Perdana Putra today. Meeting chaired by Azerbaijan President Ilham Aliyev, the NAM chairman for the 2019-2022 term. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHT RESERVED
WALAUPUN jika 31 juta rakyat Malaysia membuat petisyen hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri, ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ini kerana kata peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, selagi mana sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen masih belum mezahirkan bantahan sokongan terhadap Perdana Menteri, maka beliau akan terus memimpin kerajaan.
Katanya, syarat jawatan seorang Perdana Menteri adalah beliau mesti seorang Ahli Parlimen yang pada Pendapat Yang di-Pertuan Agong, boleh mendapat sokongan majoriti dalam kalangan 221 Ahli Dewan (222 termasuk diri beliau sendiri).
Sehubungan itu beliau berkata, selagi mana Agong berpendapat bahawa beliau itu masih boleh mendapat sokongan majoriti, maka selagi itulah beliau akan terus memegang jawatan tersebut dengan perkenan Seri Paduka Baginda.
“Maka kedudukan TSMY (Muhyiddin) kini terserah kepada sokongan minima 112 Ahli Parlimen. Kaedah Perlembagaan membenarkan usul undi tak percaya kepada PM.
“Perlembagaan juga memberikan kuasa kepada Speaker Dewan Rakyat untuk tidak memasukkan usul tidak percaya itu di dalam agenda mesyuarat Parlimen.
“Selagi tiada bukti ditunjukkan kepada YDPA bahawa sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen telah menarik sokongan kepada TSMY sebagai PM, maka Baginda boleh terus memperkenankan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Mohd Khairul Azam berkata sebelum ini ketua-ketua parti politik utama dan semua Ahli Parlimen telah dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong atas pelbagai isu.
Selepas majlis mengadap itu, katanya semua pihak mengeluarkan kenyataan media berkaitan butiran umum perbincangan.
“Namun setakat ini, masih tiada bukti TSMY hilang 112 sokongan. Saya juga kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Kita yang kerap berubah sokongan.
“Dalam mesyuarat parti, lain keputusannya, selepas mesyuarat parti lain pula pendiriannya, semasa mengadap YDPA lain pula yang terzahir,” katanya lagi. – Malaysiapost
