Polis tahan lelaki hina TMJ

0
2
ayob khan polis johor official

SEORANG lelaki yang membuat kenyataan jelik menghina Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki berusia 31 tahun yang masih bujang itu ditahan pada jam 9.30 malam di rumahnya di Ayer Hitam, Batu Pahat.

Menurutnya, penahanan itu dilakukan susulan 10 laporan polis diterima berhubung video yang tular di laman sosial Facebook dan Instagram sejak semalam.

“Untuk makluman video tersebut menjadi viral dan mencetuskan kurang senang orang ramai terutama rakyat Johor. Posting menerusi laman Instagram itu melibatkan seorang individu bernama Amirul Naito, dengan 12 posting dibuat individu tersebut.

“Perkataan-perkataan yang digunakan itu amat jelik, menghina dan sebagainyalah, susulan itu 10 laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama,” katanya dipetik Malaysiagazette, hari ini.

Jelas Ayob Khan, lelaki yang bekerja sebagai pembantu gerai menjual buah-buahan memiliki rekod jenayah sebelum ini dan pernah ditangkap di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 427 kanun yang sama kerana khianat.

Beliau berkata, semakan polis turut mendapati suspek juga pernah dikenakan hukuman pada tahun 2017 dan pada tahun 2020 atas kesalahan sama.

Katanya, kes diasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Lelaki terbabit ditahan untuk membantu siasatan dan polis masih dalam permohonan reman,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here