Jenzah Benjy selamat dikebumikan

0
2

JENAZAH Allahyarham Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 43, yang meninggal dunia akibat asma semalam, selamat dikebumikan tengah hari tadi.

Jenazah pelakon yang anak kepada seniwati Allahyarham Azean Erdawaty itu dikebumikan di Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung Medan, Indonesia pada jam 12.45 tengah hari waktu Malaysia.

Adik bongsu Allahyarham, Inessa Irdayanty menerusi kenyataan di Facebooknya menzahirkan rasa syukur kerana segala urusan berjalan lancar.

“Alhamdulillah, Ben telah selesai dikebumikan lebih kurang pukul 12.45 tengah hari waktu Malaysia. Kami dapat menyaksikan pengebumian melalui panggilan video WhatsApp dengan pihak penjara.

“Pihak penjara juga memberitahu kami bahawa tiada kos dikenakan kerana mereka telah menyelesaikan pembayaran. Terima kasih banyak kepada semua orang yang menawarkan sumbangan untuk kos perkhidmatan pengebumian.

“Sekiranya anda masih mahu menderma, minta anda menyumbangkannya kepada badan amal pilihan anda atas nama Ben dan disedekahkan Al-Fatihah,” katanya.

Beliau bagi pihak keluarga juga merakamkan ucapan terima kasih dan terhutang budi dengan Penjara Tanjung Gusta di Medan atas bantuan dan urusan berkenaan Benjy.

“Kami berterima kasih lagi sekali kepada setiap pihak, individu, organisasi, netizen atas setiap doa dan ucapan takziah yang dikirimkan,” katanya lagi.

Allahyarham Benjy meninggal dunia akibat asma jam 11 pagi semalam. – Malaysiapost

Sumber foto: FB/Inessa Irdayanty

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here