
SEBANYAK 91 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak berkenaan di Malaysia setakat ini adalah 6,158 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes-kes kematian terbaharu itu adalah membabitkan 86 warganegara dan lima bukan warganegara.
“Kes kematian pada hari ini melibatkan 34 kes di Selangor, 21 kes di Kuala Lumpur, 12 kes Negeri Sembilan, lapan kes di Melaka, enam kes di Johor, tiga kes di Pahang, dua kes di Kelantan, serta masing-masing satu kes di Sarawak, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Labuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, kes sembuh yang dilaporkan hari ini pula adalah sebanyak 5,194 kes (742,297 kes kumulatif) berbanding kes baharu 9,105 kes (836,296 kes kumulatif) dengan kes aktif adalah sebanyak 87,841 kes.
Katanya, daripada jumlah itu kes import adalah 18 kes membabitkan lapan warganegara dan 10 bukan warganegara.
“Kes tempatan sebanyak 9,087 kes membabitkan 7,438 warganegara dan 1,649 bukan warganegara.
“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 961 kes dan daripada jumlah itu 455 kes memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.
Sementara itu menurutnya, sebanyak 19 kluster baharu direkodkan menjadikan jumlah kluster setakat ini adalah 3,077 kluster dengan 2,212 kluster telah tamat, manakala 865 kluster masih lagi aktif.
Menurutnya, 13 daripada kluster baharu yang dilaporkan hari ini adalah membabitkan kluster tempat kerja dan tiga daripadanya adalah kluster komuniti, manakala satu lagi adalah kluster kumpulan berisiko tinggi. – Malaysiapost
