Gudang Shopee tutup tiada kaitan jangkitan Covid-19

0
3

PLATFORM e-dagang, Shopee memaklumkan bahawa gudangnya yang terletak di Shah Alam ditutup sementara bagi mengemas kini pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Shopee menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, beberapa panduan tambahan daripada KKM perlu dilakukan oleh kerana gudang mereka terletak di bawah kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Kenyataan itu juga menegaskan penutupan gudang itu tiada kaitan dengan kes jangkitan Covid-19 dan pemeriksaan tersebut berbeza daripada yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 3 Julai lepas.

“Panduan ini sangat berguna dan gudang kami akan ditutup buat sementara waktu untuk melaksanakan SOP tambahan ini secepat mungkin,” kata hantaran itu hari ini.

Hantaran itu juga memaklumkan platform Shopee beroperasi seperti biasa dan penghantaran yang dibuat oleh Shopee Express dan semua rakan kiriman kami yang lain tidak terjejas.

“Beberapa kelewatan mungkin berlaku dan hanya untuk penghantaran melalui gudang kami, yang merupakan sebahagian kecil pesanan keseluruhan.

“Pembeli yang pesanannya terjejas juga akan menerima makluman melalui pemberitahuan notifikasi di akaun Shopee mereka,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here