Zahid beri amaran jangan ‘spin’ keputusan Umno

0
3
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pihak yang memanipulasikan tindakan parti itu agar menghentikan perbuatan tersebut yang dianggap cuba mengelirukan rakyat.

Menurutnya, tidak perlu untuk memusingkan cerita kerana Umno dikenali dengan parti yang mementingkan rakyat dan negara.

“Oleh itu pasukan siber sebelah sana sila berhenti daripada cuba mengelirukan rakyat. Tidak perlu ‘spin’ itu dan ini mengenai tindakan Umno.

“Umno parti cakap serupa bikin. Apa Umno kata Umno akan buat demi kepentingan rakyat dan negara.,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid menyenaraikan kronologi berkaitan persidangan Parlimen yang disuarakan Umno :

  • Pada 16 Jun 2021 : Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah menitahkan supaya Parlimen bersidang secepat mungkin.
  • Pada 15 Jun 2021 : Perdana Menteri memaklumkan Sidang Parlimen hanya boleh diadakan pada September atau Oktober.
  • Pada 21 Jun 2021 : Umno mendesak supaya sidang Parlimen diadakan lebih awal. Titah secepat mungkin bermaksud segera. Umno beri tempoh 14 hari.

Jika gagal dipenuhi maka Mesyuarat Khas Majlis Kerja teringgit (MKT) Umno akan diadakan bagi memuktamadkan tindakan selanjutnya.

  • Pada 29 Jun 2021: Yang di-Pertuan Agong sekali lagi bertitah supaya sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.
  • Pada 5 Julai 2021 : Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Mesyuarat Khas Parlimen hanya akan diadakan bermula 26 Julai.

Tempoh itu melebihi 14 hari ditetapkan Umno dan dilihat masih tidak menepati titah Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu.

  • Pada 7 Julai 2021 : Mesyuarat Khas MKT Umno diadakan untuk menetapkan tindakan selanjutnya dan tindakan selanjutnya diambil berdasarkan tujuh pertimbangan utama.

Semalam, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan malapetaka besar menanti Umno jika membenarkan Ahmad Zahid dan bekas Presiden Datuk Seri Najib Razak menggunakan parti untuk melepaskan diri mereka daripada tuduhan kes mahkamah.

Menurutnya, mungkinkah ketegasan integriti Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kebebasan mahkamah menjadi sebab sebenar kenapa Ahmad Zahid dan Najib beriya-iya menjadikan Muhyiddin sebagai sasaran.

MKT Umno pada Rabu lalu membuat keputusan menarik balik sokongan Muhyiddin berkuat kuasa serta-merta.

Ahmad Zahid berkata keputusan itu dibuat susulan mandat sebulat suara perwakilan Persidangan Agung Umno (PAU) 2020 dan setelah kerajaan pimpinan Muhyiddin gagal memenuhi panduan utama digariskan sebagai syarat menyokong kerajaan Perikatan Nasional. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here