“Mencari salah ketika susah, kerja yang paling mudah” – Annuar

0
2

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan pengkritik kerajaan umpama penonton yang menyaksikan pemain bola beraksi di padang.

Beliau berkata, memilih untuk menjadi penonton ketika pemain sedang bergelumang di padang akan membuatkan pihak berkenaan berasa pandai sedangkan ia adalah sebaliknya.

“Mencari salah ketika susah, kerja yang paling mudah.

“Apa lagi kiranya kita memilih utk menjadi penonton, ketika pemain sedang bergelumang di dalam padang,” tulisnya di Facebook.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, golongan penonton ini hanya menjadi peramal yang mudah membuat kesimpulan.

“Tentu kita dengan mudah menentukan bahawa England lebih baik dari Itali, dan bijak memberi 7 alasan kenapa Itali harus tewas di Final EuroCup malam esok (Isnin),” katanya.

Annuar berkata, sedangkan penonton yang lantang mengkritik itu sendiri adalah mereka yang tidak pandai bermain bola mahupun pemain yang sudah ‘expired’.

“Kita sendiri mungkin tak pandai bermain bola, atau pemain yang tidak lagi terpakai dan expired, malah mungkin pernah di benci para penonton kita juga #pemaingagal.

“Namun tetap kita merasa pandai..Tetapi jangan lupa,penonton lain sedang melihat kita,dan mungkin turut mentertawakan kita #penontongagal,” katanya.

Khamis lalu, Umno menggariskan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memaksa parti itu menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkuat kuasa serta-merta.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah menarik sokongan itu disebabkan kegagalan kerajaan menangani pandemik Covid-19 secara berkesan sehingga mencetuskan keresahan dan kemurungan serius rakyat.

Katanya, faktor kedua disebabkan kegagalan kerajaan dengan menyalahgunakan darurat yang hanya untuk muslihat politik hingga memudaratkan rakyat dan ekonomi negara, sekali gus menafikan suara Umno yang sejak dari awal membantah keras proklamasi terbabit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here