Lelaki cuba bunuh isteri serah diri

0
2

SEORANG lelaki menyerah diri selepas cuba membunuh isterinya dengan menikam menggunakan pisau di rumah mereka di Jalan Tabuan, Kuching, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, berkata suspek hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, pada jam 2 petang, kurang satu jam selepas kejadian itu berlaku.

“Polis kini sedang menyiasat kes dan punca kejadian.

“Orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dengan denda atau sebat.

Sementara itu, Ahsmon berkata, isteri suspek kini dirawat di Hospital Umum Sarawak dan dalam keadaan stabil.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here