Datuk Vida minta henti dibandingkan dengan Ebit Lew

0
2

JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) meminta orang ramai tidak membandingkan dirinya dengan pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew.

Perkongsian di video terbaharu di aplikasi TikTok, DSV atau nama penuhnya Hasmiza Othman berkata, orang ramai tidak perlu membandingkan mereka berdua kerana setiap individu berada dalam situasi yang berbeza.

“Saya bukan Ebit Lew, aku dari susah sekarang senang, Dia dia aku,aku. Tidak sama diciptakan. Kalau semua diciptakan sama maka tiadalah orang sesak tiadalah orang kaya,” katanya dalam video itu.

Pada sama sama, DSV tampil menjelaskan di mana kenyataannya sebelum ini bertujuan memberi semangat kepada mereka di luar sana untuk mengubah nasib dan bukannya menghalang bantuan bendera putih.

“Maksud saya, kita boleh beri bantuan kepada mereka ini. Namun, dalam masa sama mereka kenalah buat sesuatu daripada mengharap bantuan semata-mata. Habis takkan mereka nak duduk saja?

“Pada saya, mereka kena buat kerja seperti mula berniaga walaupun tanpa modal. Jangan hanya mengharapkan bantuan. Ikutkan ada juga orang yang susah tapi dia tak angkat bendera putih.

“Pandangan saya ialah dari sudut orang berniaga di mana mereka yang diberhentikan kerja pasti ada duit. Mengapa tak ambil sedikit untuk buat modal berniaga? Itu yang saya maksudkan,” katanya.

Sebelum ini, DSV mendapat kecaman hebat ramai pihak yang tidak berpuas hati dengan lontaran pendapatnya berhubung gerakan membantu orang susah termasuklah menyebut kibar bendera putih.

Dalam video tersebut DSV berkata jangan menggunakan alasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tidak berusaha keluar daripada kemelut masalah dan hanya mengharapkan bantuan luar.

Kenyataan DSV itu juga disangkal pengasas rangkaian produk Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya, Rozita Ibrahim.

Rozita atau Bonda Rozita berkata perkataan malas tidak sesuai digunapakai ketika ini kerana ramai yang terkesan adalah mereka yang terjejas pendapatan ketika pandemik.

Menurutnya Bonda Rozita, DSV tidak perlu memberi motivasi dengan menggunakan perkataan yang boleh mengguris hati orang ramai ketika mereka sedang tertekan untuk meneruskan kelangsungan hidup. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here