“Muhyiddin, Ismail Sabri jaraknya hanya senafas” – Shabery Cheek

0
2
PUTRAJAYA 26 APRIL 2018. Menteri Pertanian dan Sumber Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sidang media selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pentadbiran Am Pengawasan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China, Chen Gang di Kementerian Pertanian dan Sumber Asas Tani, Putrajaya. NSTP/ABD RAHIM RAHMAT

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan jarak antara jawatan Perdana Menteri dan Timbalannya adalah ‘Just a breathe away’ atau hanya senafas sahaja.

Menurutnya, apa sahaja yang berlaku kepada jawatan Perdana Menteri maka Timbalannya akan segera mengambil tempat.

“Istilah yang menerangkan jarak keduanya. Apa sahaja terjadi kepada nombor satu, nombor dua akan segera mengambil tempat. Jaraknya hanya senafas,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Ahmad Shabery juga memetik situasi yang mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika bergelar Perdana Menteri untuk melepaskan jawatan.

Katanya, desakan Muhyiddin itu bagi membolehkan Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri mengambil alih kerusi Abdullah.

Tambah Shabery, susulan desakan tersebut Muhyiddin dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 2009.

“Ketika itu, desakan dibuatnya secara terbuka. Namun beliau terus berada dalam kabinet lantikan nombor satu yang ditolak itu.

“Pelik ketika itu, tapi tak pelik lagi selepas itu,” ujarnya lagi.

Rabu lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Rabu lalu

Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO), Ismail Sabri, akan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

“Pelantikan ini akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini,” kata kenyataan itu.

PMO turut memaklumkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

“Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebeium ini diketuai oleh Datuk Seri Ismail Sabri.

“Di samping itu, Perdana Menteri bersetuju supaya Datuk Seri Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here