Pemilik bengkel motosikal ditemui mati tergantung

0
2

SEORANG lelaki ditemui tergantung di dalam sebuah bengkel motosikal di Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth dekat Masjid Tinggi di Bagan Serai, Pulau Pinang malam tadi.

Mangsa, Tan Hock Meng, 60, ditemui isterinya dalam keadaan tergantung dalam bengkel miliknya setelah tidak pulang ke rumah yang terletak di Taman Sinar dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Menurut Kosmo Online memetik sumber, mangsa bercadang untuk menjual bengkelnya pada minggu ini kepada seorang pembeli dan meminta masa untuk mengemas barang-barang yang terdapat di dalam bengkel tersebut.

“Kedai motosikal yang diusahakan mangsa tidak beroperasi sejak tiga bulan lalu dan dia dikatakan bercadang untuk menjual kedainya pada harga RM10,000,” ujar sumber tersebut.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat manakala pihak polis masih berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here