Hamdan Karipuley pemilik FB 149,000 pengikut sudah tiada

0
2


SEEKOR kucing popular di laman sosial, Hamdan Karipuley menemui ajalnya pagi tadi akibat penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP).


Perkhabaran sedih itu dikongsikan di Facebook Hamdan memaklumkan permergiannya pagi tadi.


“Assalamualaikum, saya nak maklumkan, Medan dah tak ada. Acik acik semua, halalkan makan minum Hamdan yaa.


“Perjalanan Hamdan sampai di sini sahaja… terima kasih atas sokongan dan doa semua.. dari tahun 2015-2021, dari kucing jalanan menjadi kucing kesayangan,” katanya.


Pemergian kucing yang mempunyai lebih 149,000 pengikut di Facebook itu adalah kehilangan besar buat pemiliknya Fadzura Fadzir, 31, yang memelihara haiwan itu sejak enam tahun lalu.


Menurut Fadzura, Hamdan dikatakan menderita FIP yang menyerangnya secara tiba-tiba pada pertengahan bulan lalu.


Menerusi hantaran sehari sebelum kematian Hamdan, Fadzura memaklumkan keadaan kucing kesayangan yang makin tenat dan memohon doa orang ramai bagi kesembuhannya.


“Salam semua.. saya nak update perkembangan kesihatan Hamdan.. Haritu doktor cakap, Hamdan sakit Fip.


“Sekarang, Hamdan ada di rumah, dalam jagaan saya, makan dan minum perlu dipaksa. Saya dah cuba buat yang terbaik sepanjang menjaga Hamdan dengan pelbagai ikhtiar… saya tak kuat nak bagitau semua orang,” katanya.


Berita kematian Hamdan itu turut membuatkan peminat-peminatnya sedih dan mendoakan agar ia ditempatkan di syurga.


Terdahulu, Hamdan asalnya adalah kucing jalanan yang pelihara oleh Fadzura sejak 2015.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here