Jualan durian di kawasan PKPD hambar

0
2

Sharifudin Abdul Rahim

TIDAK seperti tahun-tahun sebelum ini, jualan durian di sekitar ibu kota terutama di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKP) hambar akibat kekurangan pelanggan.

Tinjauan Malaysiapost di Pantai Dalam mendapati rata-rata peniaga durian turut terkesan apabila jualan raja buah itu perlahan, susulan beberapa lokaliti di kawasan tersebut dikenakan PKPD.

Peniaga durian dikenali sebagai Azila berkata perniagaan durian menjunam berbanding sebelum ini kerana kekurangan pembeli.

Azila Melayan pelanngan di gerainya

“Di Pantai Dalam ini banyak kawasan yang kena PKPD, lebih 20,000 orang terkurung, jadi memang tak ada pelanggan, perniagaan memang terjejas sangat.

Pelanggan sedang memilih buah durian yang dijual

“Pulangan tu ada, tapi sedikitlah berbanding sebelum ni sebab pelanggan memang kurang sangat.

Lambakan buah durian disebabkan kawasan pkpd

“Sehinggakan kita terpaksa buat COD (penghantaran), terpaksa gadai nyawa demi nak dapatkan semula modal sebab kita dah beli barang, kalau tak terjual nanti durian busuk,” katanya.

Peniaga terpaksa membuat penghantaran kepada pelanngan

Azila berkata bimbang durian tidak terjual, rata-rata peniaga mengambil sedikit saja bekalan durian, apa lagi berdepan kesukaran untuk merentas negeri mendapatkan stok kerana sekatan pergerakan.

“Kita pun ambil sedikit, tak boleh ambil banyak… stok durian orang hantar dari Pahang sebab tak boleh nak merentas.

Isi buah durian yang cantik

“Harapan saya agar Covid-19 ini hilang cepat supaya kita dapat hidup normal semula macam dulu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here