Kereta terbakar, bomba temui wanita rentung

0
1

SEORANG wanita rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Bandar Baru Selayang, Gombak, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.25 pagi.

Norazam berkata, pasukan bomba yang tiba ke lokasi mendapati sebuah Perodua Kancil terbakar 40 peratus pada bahagian dalam kereta dan mengambil masa kira-kira 15 minit bagi operasi pemadaman.

“Mayat yang tidak dikenal pasti identiti itu ditemui di tempat duduk pemandu selepas sepasukan bomba membuat operasi pemadaman,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat mangsa sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here