Mahathir gesa sidang dewan diadakan segera, bukan tunggu 19 hari lagi

0
2

TINDAKAN mengadakan sidang dewan 19 hari dari sekarang adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan memperlihatkan satu ‘urgency’ atau keperluan mendesak di pihak kerajaan untuk tangani masalah rakyat yang meruncing, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia susulan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 diadakan selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini bagi Dewan Rakyat.

Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau telah menghantar satu surat berserta usul kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meminta Sidang Dewan diadakan secepat mungkin dan tidak menunggu sehingga tarikh ditetapkan iaitu 26 Julai ini.

“Ini kerana pada pandang saya, kita tidak boleh menunggu sehingga 19 hari untuk bersidang kerana keadaan negara dari segi kesihatan, ekonomi, sosial dan politik negara tersangat kritikal dan memerlukan tindakan segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kini bukan masa untuk beretorik atau memikirkan kepentingan politik.

“Kita di dalam keadaan menangani ‘life and death’ atau hidup mati rakyat.

“Kita tak ada masa lagi. Kita perlu buat keputusan-keputusan luar jangka dan meletakkan ‘priority’ atau kepentingan dengan betul dan laksanakan seberapa segera,” katanya.

Justeru, beliau berharap Yang di-Pertua Dewan Rakyat dapat memastikan Sidang Dewan diadakan segera.

“Jika perlu esok atau lusa dan bukan 19 hari lagi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here