Agong zahir takziah kepada keluarga bekas pemain golf

0
3

YANG di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas pemain golf profesional negara Zainal Abidin Mohamed Yusof, 78, yang kembali ke Rahmatullah hari ini.

Menerusi kenyataan di Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu ini.

“Jasa, khidmat serta bakti Allahyarham kepada negara amat dihargai dan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada sukan golf tanah air” kata kenyataan itu.

Allahyarham adalah legenda yang menyinari persada golf negara pada era 1960-an hingga 1980-an dan pernah lima kali mewakili Malaysia pada Kejohanan Golf Piala Dunia dan Dunhill Cup di St Andrew, Scotland.

Allahyarham yang berasal dari Ipoh, cukup dikenali sebagai pemain golf profesional negara bersama tiga adik beradiknya iaitu Khairudin, Sahabuddin dan Nazamuddin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here