Zahid ingatkan musuh Umno jangan tambah ‘dosa kering’

0
2
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta musuh parti itu supaya berhenti daripada membuat spekulasi dan khabar angin yang tidak benar mengenai Umno.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, beliau meminta pihak yang sering menyerang Umno supaya tidak terlalu mengikut hati dan dihantui perasaan gelabah dengan membuat serangan tidak berhenti.

“Namun suka juga saya menasihatkan cukup-cukuplah membuat pelbagai spekulasi dan khabar angin yang menambahkan lagi dosa kering.

“Jangan ditambah dosa kering, dosa yang ada pun tidak terkira banyaknya, ibarat buih-buih dilautan banyaknya.

“Bersamalah kita perbanyakkan bertaubat dan memohon keampunan dari Allah SWT yang Maha pengampun lagi Maha penyayang,” katanya dalam hantaran Facebook.

Beliau berkata, pihak berkenaan didakwa agresif mewujudkan pelbagai andaian sebagai senjata untuk menyerangnya.

“Nasihat saya tenang-tenang sahaja. Dalam hidup perlu bertenang. Jika kurang bertenang boleh ‘stress’. Kalau ‘stress’ terjejas kesihatan.

“Hati yang tenang dan damai paling mujarab. Begitu jua saya menguruskan dalam sesuatu perkara. InsyaAllah dalam ketenangan ada hikmah dan bijaksana. Yang pasti Umno tetap dipertahankan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, Umno akan terus bangkit walau ditekan, dihenyak dan dipalu kerana matlamat utama parti itu adalah untuk rakyat dan negara.

“Makcik Kiah dan Pak Saleh pun “bertenang” sahaja walau dapur lama kosong tidak berasap.

“Meskipun dalam hati mereka tiada siapa yang tahu. Hanya Yang Maha Esa lagi Maha mengerti Maha mengetahui lagi Maha mengasihani,” katanya.

Beliau berkata, hakikat teguran yang dibuat Umno adalah untuk saling mengingatkan antara satu sama lain untuk kebaikan bersama dan rakyat di negara ini.

“Sesungguhnya masa itu tidak dapat kita putarkan kembali. Jangan pula kita menjadi dalam golongan manusia yang sentiasa dalam kerugian.

“Tidak mengapa memang tanggungjawab parti keramat Umno membela nasib rakyat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here