Isu ‘Kerajaan Allah’: Pengajaran buat mereka yang mahu bersama DAP

0
2
ir khairil nizam

KEBIADAPAN veteran DAP, Lim Kit Siang dalam isu menghina ‘Kerajaan Allah’ adalah pengajaran buat mereka yang mahu bersama dengan DAP melalui Jajaran Harapan.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin berkata keceluparan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu seharusnya memberi pengjaran kepada mereka yang mahu mengundi DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Pemuda PAS seluruh negara telah membuat laporan polis ke atas isu menghina “Kerajaan Allah” oleh Lim Kit Siang yang disayangi oleh PAN (Parti Amanah Negara) ini.

“Inilah punca PAS memutuskan berpecah dengan DAP ketika Pakatan Rakyat dulu.

Isu sebegini bukan perkara baru bagi PAS. PAS pernah merasai betapa DAP tidak pernah atau akan menyukai agenda pemerkasaan Syariah dalam negara yang dibawa oleh PAS,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Khairil Nizam yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) berkata ketika bacaan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) 355, tidak kurang hebatnya ahli politik serta aktivis DAP bangkit mempersoalkan usul itu.

“Saya harap kita semua dapat mengambil pengajaran melalui penghinaan terbaru DAP ini. Marilah sama-sama kita teruskan tekad kita menolak DAP dan sekutunya dalam PRU15 dan juga PRU-PRU yang seterusnya.

“DAP tidak akan bertanding di kawasan Parlimen Melayu Islam tetapi mereka akan meletakkan proksi-proksi mereka melalui calon Melayu Islam atau daripada parti-parti sekutunya yang lain.

“Kita sudah kenal siapa DAP. PRU15 kita pakat-pakat tolak Jajaran Harapan ya,” katanya.

Baru-baru ini Kit Siang di laman blognya didakwa menulis: “If ‘Allah’s government’ is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to Hong Kong, New Zealand, South Korea, China, Japan, Russia, Thailand, Singapore, Vietnam and Taiwan none of which can claim to be “Allah’s government”.

Tulisan Veteran DAP itu adalah respons kepada kenyataan Abdul Hadi mengenai “Kerajaan Allah”. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here