‘Kerajaan Allah’: Puad cabar Kerajaan PN siasat Kit Siang

0
2

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mencabar keberanian kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menyiasat Lim Kit Siang berhubung isu ‘Kerajaan Allah’ yang dicetuskan pemimpin Veteran DAP itu.

Bagaimanapun, Mohd Puad berkata, ia kemungkinan tidak berlaku kerana beliau mendengar desas-desus mendakwa rundingan wakil DAP untuk mendapatkan keistimewaan menerusi perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) dengan kerajaan PN.

“Posting Lim Kit Siang ini memang meyakitkan hati. Jelas ia menghasut dan penghinaan paling dasyat di abad ini kepada umat Islam.

“Ini kerana ia datang daripada seorang ahli politik veteran yang kononnya tidak cauvinis dan tidak anti agama,” tulisnya di Facebook.

Beliau berkata, ternyata hantaran Kit Siang itu membuktikan sikap DAP tidak berubah sama ada ketika mempunyai kuasa ataupun sebaliknya.

“Rupanya sama sahaja ketika DAP berkuasa dan tidak berkuasa. Sebagai pengajaran dan pencegahan Lim Kit Siang wajib disiasat di bawah Akta Hasutan.

“Tunggu keberanian Kerajaan PN. Ada desas desus, wakil DAP datang berunding untuk dapatkan keistimewaan C&S Agreement dari kerajaan PN,” katanya.

Terdahulu, tangkap layar berkenaan hantaran Kit Siang menyentuh mengenai ‘Kerajaan Allah’ tular di media sosial sejak kelmarin, sehingga menimbulkan ketegangan di kalangan pemimpin beragama Islam.

Hantaran yang dibuat Kit Siang itu bagi menempelak kenyataan Abdul Hadi yang mengatakan hanya Kerajaan Allah SWT boleh menghapuskan wabak Covid-19 pada bila-bila masa.

Menurut kenyataan itu, Abdul Hadi membuat pernyataan sensasi bahawa pandemik Covid-19 adalah ujian dari Tuhan dan hanya ‘kerajaan Allah’ yang dapat mengatasi peperangan melawan wabak berkenaan.

Ahli Parlimen Iskandar berkenaan menerima tekanan daripada pelbagai pihak terutama orang Islam yang menganggap kenyataanya itu sebagai keterlalun serta penghinaan terhadap Islam.

Susulan itu, Kit Siang menarik balik kenyataan kontroversi yang dikeluarkannya sebelum ini dan memohon maaf atas kesilapan pemahamannya itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here