Laman web permudah dapat bantuan, beri sumbangan

0
2
logo

SEBUAH laman web dibina bagi memudahkan rakyat Malaysia memohon dan menyalurkan bantuan di saat-saat sukar ketika pandemik Covid-19 melanda masa kini.

Laman web, https://kitajaga.co/ dibangunkan sebuah syarikat teknologi, Terato Tech.

Memetik Malaysiakini, pengasas Terato Tech, Reza Razali berkata idea asal laman web ini diterajui oleh sekumpulan ahlinya yang tekun dengan berkongsi manfaat kepada rakyat sepanjang pandemik ini.

“Kami mengambil masa satu hari untuk melakukan percubaan laman web dan dilancarkan pada sebelah malamnya pula”, kata Reza.

Untuk menggunakannya, selepas melayari pautan terbabit pengguna perlu memasukkan nama kawasan dan seterusnya menekan butang perlu bantuan atau ingin bantu.

Sementara itu, rata-rata pengguna laman Twitter terharu dan memberi maklum balas positif dengan berkongsi hantaran laman web tersebut agar lebih ramai cakna dengan inisiatif tersebut.

“Rasa sebak dan teruja pada masa yang sama melihat inisiatif ini. Buka laman ini, boleh minta bantuan atau tawar bantuan mengikut pin lokasi”, kata @ImranAjmain.

“Lebih mudah untuk minta dan beri bantuan. Pastikan kita cakna dengan keadaan sekeliling dan jiran kita. Moh guna dan bantu”, kata @NyahKauCorona. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here