MAHB lapor polis dakwa portal pelaburan siar artikel tidak benar

0
1

MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) membuat laporan polis mengenai satu hantaran di portal pelaburan dalam talian yang disifatkan sebagai tidak berasas dan berniat jahat.

Artikel bertajuk ‘MOH sold, and Malaysia for sale? MYEG Bhd sponsored the BP Healthcare and MAHB COVID-19 scam endorsed by DG Tan Sri Noor Hisham Abdullah?’ yang disiarkan di blog komuniti portal klse.i3investor.com pada 3 Julai lalu.

“Laporan polis sudah dibuat berdasarkan dakwaan dalam hantaran berkenaan yang bukan sahaja tidak berasas dan tidak benar, tetapi turut berniat jahat dengan tujuan merosakkan reputasi dan integriti MAHB dan ketua pegawai eksekutif kumpulannya,” menurut MAHB menerusi kenyataan hari ini.

Pengendali lapangan terbang itu berkata, selain laporan polis pihkanya turut membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), serta mengeluarkan surat henti kepada pemilik portal untuk meminta supaya artikel itu dipadamkan.

“Kami juga menuntut penulis berhenti daripada membuat sebarang kenyataan selanjutnya mengenai perkara itu,” katanya,

MAHB berkata, pihaknya memandang serius mengenainya ‘memandangkan hantaran itu telah memberi nama buruk kepada organisasi dan merendahkan imejnya di mata masyarakat dan pihak berkepentingan’.

Difahamkan, hantaran itu bagaimanapun sudah dikeluarkan daripada portal berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here