BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kesal dengan peningkatan kes Covid-19 hari ini yang merekodkan 7,654 kes jangkitan baharu.
Menerusi hantaran Facebooknya, Najib berkata, peningkatan kes itu berlaku selepas rakyat melalui 177 hari darurat, 56 hari Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) serta empat hari PKP Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur.
“Lalu dibuat sidang parlimen hanya lima hari sahaja supaya ruang tidak diberi untuk perbincangan isu bantuan rakyat dan kaedah kerajaan melaksanakan Lockdown serta usaha melawan Covid
“Kita tak gagal, cuma belum berjaya,” sindir Najib.
Hari ini, kes baharu harian Covid-19 meningkat tinggi hingga melebihi 7,000 kes dengan 7,654 kes dilaporkan sekali gus menjadikan keseluruhan kes setakat ini adalah 792,693 kes.
Selangor mencatatkan kes harian sebanyak 3,260 kes (265,722 kes kumulatif), diikuti Kuala Lumpur 1,550 kes (82,904 kes kumulatif). – Malaysiapost

