Beri monyet primat makan undang banyak kesan buruk

0
3

Jabatan Perhilitan (Perhilitan) menasihati orang ramai agar tidak memberi makanan kepada monyet spesies primat kerana akan menyebabkan kesan buruk kepada haiwan tersebut termasuk manusia.

Ia susulan satu perkongsian di media sosial berkenaan aktiviti memberi makan kepada spesies terbabit di Taman Alam Kuala Selangor, Selangor.

PERHILITAN menerusi satu poster di Facebook berkongsikan kesan-kesan buruk itu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

Kesan-kesan buruk adalah seperti berikut:

  1. Memberi makan kepada primat akan menyebabkan populasinya meningkat dengan cepat dan melampaui jumlah makanan semula jadi di habitatnya.

    – Populasi yang berlebihan boleh menyebabkan kelaparan dan penyebaran wabak penyakit yang sesetengahnya berbahaya kepada manusia.
  2. Hidupan liar mempunyai diet yang tertentu dan ia boleh mati akibat diet yang salah. Jika anak hidupan liar tersebut menerima diet yang salah walaupun untuk tempoh sehari atau 2 hari, ia akan merosakkan perkembangan tulang dan ototnya.

    – Diet yang salah juga boleh menyebabkan kecederaan pada mulut atau tercekik dan seterusnya mati.
  3. Anda juga berisiko mendapat kecederaan ketika memberi makan kepada primat jika tidak berada pada jarak yang sesuai.

    – Seperti biasa primat akan dipersalahkan apabila terdapat kes serangan terhadap manusia.
  4. Memberi makan kepada primat akan mengubah kelakuan semula jadi dan seringkali mengundang masalah.

    -Ia akan menghalang spesies ini daripada bergerak ke kawasan lain dan menimbulkan persaingan antara spesies untuk mendapatkan makanan.
  5. Memberi makan kepada primat akan menyebabkan haiwan itu hilang rasa takut terhadap manusia.

    – Primat yang telah terbiasa dengan kehadiran manusia boleh menjadi sasaran mudah untuk dicederakan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.
  6. Memberi makan kepada primat berdekatan kawasan perumahan seringkali menyebabkan kerosakan pada harta benda dan tanaman.

    – Ini kerana monyet cendurung untuk menyelongkar harta benda serta merosakkan tanaman semasa mencari makanan. – Malaysiapost

Foto Ihsan: Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here