MKT Umno bermesyuarat esok, muktamad kedudukan dalam Kerajaan PN

0
2
bangunan umno

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) Umno bakal mengadakan mesyuarat esok dalam menentukan hala tuju parti itu terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sumber dalaman parti itu memberitahu Malaysiapost, mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan masa hadapan Umno selepas berakhirnya tempoh 14 hari mendesak kerajaan memanggil sidang Parlimen yang tamat semalam.

“Esok MT Umno akan bermesyuarat dan dijangka akan menentukan hala tuju parti dalam kerajaan PN.

“Umno akan membuat keputusan esok,” katanya, hari ini.

Iklim politik negara semakin hangat menjelang berakhirnya pelaksanaan darurat Ogos ini.

Di sebalik spekulasi bertiup kencang Umno akan menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam tadi, pucuk pemimpin Umno telah mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen mereka di Kuala Lumpur.

Mesyuarat tersebut berlangsung kira-kira empat jam, namun tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pucuk pimpinan Umno setakat ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here