MBSP nafi tawar suntikan vaksin Covid-19 RM50

0
3
Botol vaksin AstraZaneca di PWTC.

MAJLIS Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menafikan dakwaan mengadakan kerjasama dengan Sunway Carnival bagi mengutip bayaran RM50 kepada individu yang berminat mendapatkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, pihaknya tidak pernah bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk memberi vaksin Covid-19 kerana pemberian vaksin adalah di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Mesej tular itu mendakwa MBSP dan Sunway Carnival telah menawarkan kadar vaksin bernilai RM50 untuk dua kali dos suntikan.

Sementara itu, Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam kenyataan memaklumkan, tiada kerjasama dilakukan MBSP dengan mana-mana pihak bagi tujuan tersebut.

Menurut kenyataan itu, suntikan vaksin adalah di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang diselaras oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan informasi yang tidak sahih serta mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera,” katanya kenyataan itu.

Difahamkan, mesej yang tular itu mendakwa MBSP dan Sunway Carnival telah menawarkan kadar vaksin bernilai RM50 untuk dua kali dos suntikan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here