Nurul Huda Abhar
TINDAKAN tiga individu yang ‘membolot’ makanan yang disediakan di rak ‘food bank’ ternyata membuka mata netizen bahawa sikap jelik ini masih wujud tatkala ramai yang memerlukan bantuan makanan.
Situasi tersebut dirakam sebuah kamera litar tertutup (CCTV) namun lokasi food bank itu tidak di ketahui.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan seorang lelaki dan dua wanita yang memasukkan semua makanan bantuan ke dalam plastik yang telah dibawa mereka.
Video berdurasi satu minit 16 saat yang memaparkan perangai tiga individu terbabit mendapat pelbagai respon netizen yang rata-rata mengecam tindakan memalukan itu.
“Ini mesti jenis mampu, tapi nak berjimat. Pantang nampak benda percuma mesti rembat.”
“Kalau macam ni punya tamak haloba, setiap food bank kena letak di kedai 24 jam. Atau kena tulis nama atau scan bar kod,”
“Lihat pada barang ambil macam lapar sangat tapi badan tiga-tiga ni sihat macam terlebih makan. Tak kesian ke pada orang yang betul-betul susah kamu dah ambil bahagian mereka?” katanya. – Malaysiapost

