Video tular 2 wanita bunuh diri bukan di Malaysia – PDRM

0
2
Polis Di Raja Malaysia

POLIS mengesahkan video tular membabitkan dua wanita bunuh diri dengan terjun dari sebuah apartment didakwa di Genting Highlands, bukan berlaku di Malaysia.

Superintenden Komunikasi Korporat PDRM, Superintendan A Skandaguru berkata, video berdurasi 30 saat itu berlaku di luar negara pada 2017.

Beliau berkata, klip video berkenaan telah diulang siar di media sosial beberapa kali sejak tahun 2020 bagi membangkitkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai dinasihati untuk tidak mudah percaya dengan berita yang tidak sahih dan berasas.

“Tindakan berkongsi atau menyebarkan berita sedemikian akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, rakaman video tular itu menunjukkan seorang wanita terjun dari bangunan manakala seorang lagi terbaring di jalan raya dipercayai telah terjun terlebih dahulu.

Ia tular di media sosial dengan keterangan kononnya berlaku di pusat peranginan itu. Malah, keterangan lain menyatakan kedua-dua wanita tersebut didakwa terjun dari tingkat 18 selepas kehilangan kerja kerana dipecat.

Bagaimanapun, kejadian sebenar video itu dipercayai melibatkan dua beradik yang tinggal di luar negara kerana mengalami masalah tekanan selama beberapa tahun sebelum kejadian berlaku.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here