Ada kilang bukan keperluan diberi kebenaran operasi ketika PKPD – Zahid

0
1
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

TERDAPAT dakwaan kilang yang bukan sektor keperluan dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) mendapat kebenaran untuk beroperasi.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata dakwaan itu dibuat oleh kesatuan sekerja yang mendakwa pekerja diminta bersedia untuk kembali bekerja kerana majikan sudah mendapat surat kebenaran beroperasi.

Menurutnya, aduan berkenaan keadaan itu dimaklumkan kepada kesatuan sekerja oleh pekerja kilang terbabit.

“Kesatuan sekerja dakwa ada kilang bukan ‘essential’ dalam kawasan PKPD dapat kebenaran operasi.

“Pekerja diminta sedia kembali bekerja kerana majikan terima surat daripada sistem Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Walhal sektor pengilangan merekod jangkitan baharu tertinggi kluster tempat kerja bulan lalu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, sektor berkenaan dilaporkan mencatatkan 95,156 kes melibatkan 639 kluster bulan lalu dan pada 9 Jun lalu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga memaklumkan 87 peratus kluster baharu melibatkan kategori tempat kerja terutama kilang.

“Saya percaya pekerja bimbangkan jangkitan Covid-19.

“Dakwaan ini jika benar cerminan kepada kegagalan berterusan dalam pengurusan Covid-19,” katanya.

Beliau mempersoalkan mengenai langkah yang diumumkan kerajaan sebelum ini berhubung PKPD, tetapi apa yang dilaksanakan kerajaan PN ketika ini adalah sebaliknya.

“Jika begini keadaannya bila kes jangkitan Covid-19 dapat dikurangkan dan dilandaikan?” soalnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here