Covid-19: 6 kes positif, tiada pertambahan kematian

0
4

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak enam kes positif Covid-19 dicatatkan hari ini, manakala tiada kematian dicatatkan.

Menurut Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia kini 9,360 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 153 kes.

Beliau berkata, daripada enam  kes baharu yang dilaporkan, empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan semua bukan warganegara. 

“Kedua-dua kes penularan di dalam negara, adalah dalam kalangan warga Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau memaklumkan terdapat satu kes daripada Kluster MV Glen di Selangor.

“Di Pahang juga mempunyai satu kes, mangsa disaring di tempat kerja, tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan,” katanya.

Tambahnya, sehingga kini, terdapat empat kes positif Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), tiga kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes,” katanya. – Malaysiapost