Kes baharu meningkat 18.3 peratus dalam tempoh seminggu

0
2
Petugas membawa alatan saringan Covid-19 di pekarangan Dewan Seri Siantan Sungai Tua hari ini.

SITUASI Covid-19 untuk Minggu Epid ke-26 iaitu dari 27 Jun hingga 3 Julai lalu menunjukkan peningkatan dalam beberapa situasi membabitkan kes harian, kes aktif , jumlah pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan melaporkan berdasarkan sumber daripada Institut Kesihatan Negara (NIH) berlaku peningkatan membabitkan wabak Covid-19 di Malaysia bagi Minggu Epid ke-26.

Menurut laporan itu, kes baharu yang direkodkan meningkat sebanyak 18.3 peratus dan kematian harian akibat Covid-19 juga meningkat sebanyak 2.6 peratus.

“Penggunaan ICU meningkat 3.1 peratus, begitu juga penggunaan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat 1.6 peratus.

“Kapasiti ujian saringan Covid-19 turut meningkat sebanyak 7.0 peratus memabitkan peningkatan kumulatif ujian sebanyak ujian 3.8 dengan kadar positif meningkat sebanyak 0.7 peratus,” menurut kenyataan itu.

Malaysia mencatatkan 6,387 kes baharu harian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak wabak berkenaan melanda adalah 785,039 kes setakat ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here