Ebit Lew mohon doakan bapa tenat hidap kanser tahap empat

0
2

PENDAKWAH bebas, Ebit Lew memohon orang ramai mendoakan kesihatan bapanya yang kini tenat kerana menghidap kanser perut tahap empat.

Walaupun kini Ebit sedang menjalani tempoh kuarantin kerana baru pulang daripada misi bantuan Gaza, beliau diberi kesempatan untuk melawat bapanya yang sedang dirawat di hospital.

Kebenaran untuk melawat tersebut diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mewajibkan beliau mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) serta ujian saringan Covid-19.

“Pohon doakan buat ayah saya yer..Dr kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya.

“Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full ppe dan test covid negatif. Terima kasih kkm. Lama lagi kuarantin. Maafkan Ebit yer bapak. Ebit tak dapat jaga disaat begini.

“Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Mengimbau kembali perbualan bersama bapanya, Ebit berkata akan memegang nasihat untuk terus melaksanakan misi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya.

“Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila. Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ebit juga memohon doa agar kesakitan yang ditanggung bapanya dikurangkan dan permudahkan urusan.

“Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang kulakukan. Alu hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here