Zahid jumpa Ahli Parlimen Umno malam ini

0
3
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

PUCUK pimpinan Umno sedang mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen mereka di Kuala Lumpur ketika spekulasi bertiup kencang berhubung tindakan parti itu bakal menentukan masa sesuai untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional. 

Menurut sumber dalaman Umno, pertemuan itu sedang berlangsung di Wisma Perwira yang merupakan sebuah bangunan dimiliki tentera.

Pertemuan kali ini mirip pada pertemuan minggu lalu di Jalan Bellamy, namun yang membezakannya adalah kehadiran Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada malam ini.

Sebelum ini, Umno telah memberikan tempoh 14 hari kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk membuka semula Parlimen selepas digantung atas alasan darurat.

Hari ini adalah hari terakhir tempoh 14 hari itu, namun Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah mengeluarkan kenyataan pada tengah hari bahawa Parlimen akan bersidang pada 26 Julai ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here